finally, masa yg ditunggu-tunggu dah tiba..
harry potter n the half blood of prince..
hari ini release.. but nk tgk next week..
cuz nk ajak sis dina n arechik teman tgk.. hehe..
apa klas layan wayang sorang2.. hehe..
(arelong x mau ikut.. huhu..)
btw, ada sket2 gambar yg really made me thrilled..
gambar ini sahaja dah membuatkan aku thrilled.. hehe..
hermione granger yg semakin cantik n harry potter yg sepatutnya menjadi sweet couple tp x kesampaian..
ron weasley yg serabut tp jatuh cinta dgn hermione granger.. grrrr...
anyway, x sabar nk tgk HARRY POTTER AND THE HALF BLOOD OF PRINCE!!!
gtg.. daaaaa... (^_^)
Wednesday, July 15, 2009
harry potter and half blood of prince!!!!
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 6:00 PM 0 kata-kata
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI & people's mind..
Hari ini result PPSMI(Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris) diumumkan.pelik tapi benar. setelah bertahun-tahun dasar ini dijalankan, akhirnya PPSMI dimansuhkan. alasannya, membebankan pelajar luar bandar dan kekurangan tenaga pengajar yg mahir untuk mengajar Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris.
apa yang lebih menghairankan lagi, dulu, datuk seri Hishamudin Tun Hussein bermati-matian mempertahankan PPSMI. bermacam-macam alasan beliau berikan agar PPSMI diteruskan. dasar ini hanya bertahan selama hampir 7 tahun sebelum tan sri Muhiyidin Yassin yg naik menggantikan Hishamudin sebagai Menteri Pelajaran, mengumukan bahawa PPSMI diMANSUHkan.
pada pendapat saya(sebagai pelajar yg tidak sempat melalui sistem PPSMI), dasar ini adalah sangat menguntungkan para pelajar. mungkin ketika di sekolah, sistem ini agak menyusahkan para pelajar. namun, ia amat membantu proses pembelajran para pelajar di peringkat yg lebih tinggi. saya sendiri merasakan ianya adalah satu kerugian kerana saya tidak sempat menjalani sistem PPSMI. ketika di peringkat persediaan ke luar negara dan hingga kini(saya baru selesai menghabiskan tahun pertama), saya perlu bertungkus lumus dalam pelajaran kerana banyak istilah yg saya pelajari dahulu dalam bahasa melayu.
apa yang paling dikesalkan oleh saya, langkah yang dijalan ini adalah langkah yang kurang bijak. kerana ianya ibarat kita sudah sedikit ke hadapan, namun telah mengundurkan langkah kita hanya kerana beberapa halangan yang saya kira masih boleh diatasi. mengapakah baru sekarang dasar ini dimansuhkan?? kenapa tidak dimansuhkan ketika ianya masih lagi di peringkat awal?? DONT YOU THINK IT IS A FOOLISH ACT?? we just step forward A STEP, suddenly we step back just because some small obstacle right in front of us. (>_<)
pandangan orang-orang yg memperjuangkan bahasa melayu, dasar PPSMI sememangnya memperlekehkan bahasa Melayu. kata dato A.Samad Said; "matematik hanyalah satu subjek yang menggunakan simbul dan nombor. jesteru itu tiada bezanya jika diajarkan dalam bahasa melayu kerana yg penting, bahasa yang difahami oleh pelajar." kata menteri besar Johor(atau datuk seri anuar ibrahim, xpasti) dalam suara keadilan, dasar PPSMI adalah dasar yg gila. hairan kan?? orang yg berilmu tinggi seperti A.Samad Said sendiri mentang keras dasar PPSMI.
entah la kan. kadang-kadang orang yg berpendidikan tinggi pon tidak berpandangan jauh. banyak mana yg saya komen/luahkan kat sini pon x guna kan. sebelum ini dasar PPSMI telah menjadi satu isu pendidikan untuk sekian lama. dan akhirnya rakyat telah bersuara. mereka memilih untuk undur setapak ke belakang. tak mengapalah. mungkin itu yang terbaik kan? everything happened for reason.. we will see what will happen in future right.. (^_^) till then, wasalamualaikum.......
*everything written here were just my opinion as a student
**hopefully everything will be alright
***byk lagi nk tulis tp mls.. XP
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 5:09 AM 3 kata-kata
Labels: just for fun
