again,just copy and paste from my friend..
credit to huda.. :P
nak kongsi,,..
9 kemuliaan solat Tahajud
1- Dia dijaga oleh Allah (SWT) daripada beberapa bencana.
2- Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.
3- Dia disukai oleh hamba Allah (SWT) yang soleh dan oleh semua manusia.
4- Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.
5- Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.
6- Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.
7- Diringankan hisabnya.
8- Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.
9- Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat.(Raudhatul Ulama).
Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut tawaran Allah (SWT) untuk bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar.”
Sejarah lampau membuktikan bahawa Salahuddin Al-Ayubi seorang pemimpin tentera Islam dalam peperangan Salib hanya memilih orang yang mengerjakan qiamullail untuk bertempur di medan peperangan kerana mereka ini memiliki kekuatan jiwa dan keteguhan peribadi yang tinggi. Hasilnya, pihak Islam menang dalam peperangan itu.
FIRMAN Allah (SWT) bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)
Umat Islam dianjur melaksanakan qiamullail (tahajud) pada bahagian akhir malam sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah (SWT) atas segala nikmat-Nya yang begitu banyak dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya solat pada akhir malam akan melahirkan kekuatan jiwa, memperkukuhkan keinginan dan azam untuk patuh serta taat kepada Allah (SWT).
Beribadat dan bermunajat kepada Allah (SWT) pada malam hari, di kala insan lain sudah lama nyenyak dibuai mimpi indah. Ia suatu gambaran keikhlasan kepada Allah (SWT) dan seterusnya membebaskan diri dari sifat riak yang boleh membakar seluruh amalan kebajikan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Ketika kamu tidur, maka datanglah syaitan dengan mengikat ubun-ubunmu dengan tiga ikatan. Dan apabila ia terjaga dengan menyebut nama Allah (SWT), maka terlepaslah satu ikatan, jika ia terus berwuduk maka terlepaslah ikatan kedua, kemudian apabila diikuti dengan solat Qiamullail, maka terlepaslah ikatan yang ketiga dan pada waktu pagi berada dalam keadaan segar dan giat, jika tidak berbuat demikian, maka akan kencinglah syaitan dalam kedua-dua telinganya.” (A-Misykuh)
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan kita berhati-hati supaya tidak diperdayakan syaitan laknatullah, jiwa yang tergoda dengan syaitan akan timbul sifat malas untuk melaksanakan ibadat, hati menjadi keras dan liat untuk mendengar serta mendekati ilmu keagamaan.
**renung-renungkan~~
Sunday, December 28, 2008
tahajud itu..
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 9:06 PM 0 kata-kata
Sunday, December 14, 2008
kawen??
just copy and paste from friend of mine..
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)
Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.
Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?
Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.
Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.
Penentuan mahar
Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam? 
Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.
Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?
Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.
Cara mengatasinya
Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."
Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?
1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat
Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termaktub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.
Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan bersikap pro-aktif!
Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".
Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkahwinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahwinan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.
2. Peranan IPT
Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.
IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.
Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terakhir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.
3. Simpanan khas
Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.
Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!
4. Pendapatan sampingan
Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syarikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebih sedikit sahaja.
Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tuisyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.
Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah. Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.
Kesimpulan
Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih
kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan langkah!
Sumber rujukan: http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name =News&file=article&sid=15208
*not couraging anybody to kawen awal k..
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 2:06 PM 0 kata-kata
Friday, December 5, 2008
personality test?
| Career Inventory Test Results
|
personality tests by similarminds.com
is it accurate enough??
maybe..
give it a try..
http://similarminds.com/career.html
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 3:21 PM 3 kata-kata
Thursday, September 25, 2008
please..

Please don't tell me not to cry
Please don't say there was a reason why
You don't know what I'm feeling
Or how much I hurt
The wet spots are from tears on the collar of this shirt
You think I should go on with life
Forget about it and be strong
But deep down I'm sad, and I don't want to go along
I don't expect you to understand why
For no apparent reason I break down and start to cry
My life has changed forever, you see
That's why I'm not acting like the same ole me
So please don't act like nothing happened
Because it changed my life forever
I will never be the same again
Not today, not tomorrow, but never
The best thing you can do for me is just be there
Just like always, my friend
My broken heart is hurting bad
And it will never mend
~quoted from one of my friend~
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 12:04 AM 0 kata-kata
Saturday, September 20, 2008
AL-FATIHAH.. Moga2 mereka ditempatkan bersama orang2 yg beriman disamping-NYA..
first of all,
to my friend,sham..
takziah..
moga2 roh atukmu dicucuri rahmat
and ditempatkan bersama2 org yg beriman..
insyallah,
ada hikmahnya atas semua kejadian ini..
1st,skrg bulan ramadhan..
atuk ko pegi dlm keadaan yg baek..
atuk ko sgt beruntung sbb semasa bulan ramadhan,
xde seksaan kubur..
2nd,kita ptt bersyukur sbb Allah lebey sayangkan atuk ko..
and even ko xbgtau aku sbb atuk ko meninggal,
aku assume penderitaan atuk ko dah berakhir..
alhamdulillah..
sbnrnye,aku sdn sgt sedey..
walaupon aku xpernah jumpa atuk ko,
sbb aku pernah lalui ape yg ko tgh lalui skrg..
ko ade jauh di perantauan..
perjalanan yg sgt2 memakan ms if ko nk blk..
more than 12 hours..
aku x igt aku pernah tulis ke x psl nenek aku dlm blog neh..
tp skrg aku amek kesempatan ni utk menulis..
seyesly aku xigt tarikh ari2..
yg aku igt,ptg 2,
aku ade quiz bio..
awal2 pagi, seawal 7 pg..
aku br nk turun lif blk A..
ttb aku dpt msg dr celcom(trigt malaysia)..
1 missed call from +60194144117..
thats my mum no..
my mum never call me early in the morning..
my mum never call me during weekdays..
of course aku tertanya2..
but deep in my heart, i can feel something wrong..
if not my mum not gonna call me..
on the way to bus dr blok A..
aku try call mak aku..
xdpt..
aku kol ayah aku..
pas2 br aku dpt tau apa yg berlaku..
nenek aku msk hospital..
2nd day..
2nd day br nk ckp kat aku..
bayangkanlah keadaan aku waktu tu..
kecewa dlm sedey..
tp aku sedar,ade sbb 2nd day br diorg bgtau aku..
dlm bas, sepanjang perjalanan,
i keep thinking what should i do..
p4 ada quiz..
nk cari tiket blk kedah,
ayah aku ckp nnt dulu..
betapa serabutnye aku pg tu..
nk tau tny la sahabat aku berdua..
hilmi n izzat..
buku bio 2 kiranye just bkk je la..
xde ape yg msk kepala..
xlama pas2,mak aku kol..
mak aku cite dr mula sampai abes..
ape yg berlaku kat nenek aku..
and she cried when storing it to me..
anak mana yg mampu tahan mutiaranya
bila mendengar mutiara ibunya mengalir?
berderai mutiaraku luruh even ku cuba menyekatnya..
sbb aku dah tau..
apa yg ibuku cerita padaku..
menandakan aku harus bersedia..
mentally prepaired..
mmg aku xpunya ilmu melihat tanda2 org nk meninggal..
namun jika dinilai dr sudut saintifiknya,
aku harus bersedia..
hanya menunggu waktu Izrail menjalankan tugasnya..
abes ckp ngn ibu,
mutiaraku terus mengalir
tanpa menunjukkan tanda mahu berhenti..
even aku dah stop mengalirkan air mata,
pabila aku jumpa kwn2 rapat ku,
aku xdpt menahan sebak di dada..
pas abes klas bio,
p5,rehat..
waktu tu aku br lepas blk dr opah kot..
xigt la..
mak aku kol..
innalillahwainnahilaihirajiu'n..
nenek aku dah "selamat"..
alhamdulillah..
skali lagi mutiaraku mengalir,
namun x lama..
bukan kerna aku sedey..
kerna penderitaan nenek aku selama 4 thn
dah tamat..
petang itu sgt2 menyedehkan aku..
aku cuba utk pulang..
namun x dibenarkan..
"klu balik pon,nenek TAKKAN hidup blk"..
kata2 tu still terngiang2 di telinga aku..
sampai hari ini..
ape2 pon..
semua yg pergi tu,
memang telah ditakdirkan..
memang dah tertulis di LOH MAHFUZ..
cuma kita saja tak tau..
insyallah..
sama2 kita doakan untuk mereka2 yg telah pergi meninggalkan kita..
agar mereka tergolong dalam golongan yang bertakwa..
di letakkan di tempat orang2 beriman disamping-NYA..
ameen..
*msk syawal akn dtg, dah hampir setahun nenek pergi.. al-fatihah..
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 12:14 PM 0 kata-kata
Tuesday, September 16, 2008
STORY OF A BOY
people think he's great
people say he's clever
people think he's happy
people say he's smiling
people think he's lucky
people say he's rich
they want to be just like him
but do they know that everyday he wished
he was someone else
how he smiled and happy he seems
they never know he cry in his room
how clever or great he is they never know
the burden he carries
stuck between a struggle of life and love
not knowing to look down or above
wondering why he didn't get the thing he loves
too much problem killed him
too many tears blinded him
the person he love broke his heart
the person he hate steal his life
how'd you feel if u can't share your problem?
because it's too complicated no one care
because it's too weird no one understand
oh,can't they see..
the craziness he showed to the world
was merely sadness kept inside his world
oh,can't you see..
the tears he kept in his smile?
oh,can't she see..
she's the reason behind this story of a boy
a boy who has become to be me
*its not mine
*i just copied it from a friend of mine
*because the words are beautiful
~adios~
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 3:03 AM 0 kata-kata
people never...
people never realize one's present
people never realize who always with them
people never realize the present of someone waiting for them
people never realize something right in front of them
people never be thankful
people never be grateful
people never know how to appreciate
people never satisfy with what they have
people never remember their promise
people never keep their promise
people never "give up"
people never realize how "fool" they are
when someone lost
then only we will be regret
then only we will realize the truth
then only we will have feeling of loosing
then only we will search for the thing that already gone already its too late
with someone absence
then only we will start be thankful
then only we will start be grateful
then only we will start to appreciate
then only we will regret what we used to have
never ever make promise or give hope if
we never remember our promise
we never want to keep the promise
until when
people will "give up"?
stop hunting something that never exist in front of them
people will realize the truth?
the truth that they are aiming for nothing
but its already too late
when everything is gone
when everything is done
when we lost everything
when the reality reveals itself
it is hard to accept or believe it
but this is human's nature
but this is your nature
but this is our nature
when its already too late
what should we do?
what we should not do?
what we must do?
what we must not do?
try to fix it?
try to change the fact?
although we know only miracle can fix it
although we know only miracle can change it
*just writing something pop out of my mind..
~adios~
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 2:28 AM 0 kata-kata
