salam alaik..
rasanya macam dah lama sangat ana xupdate blog nih..
bukan apa, sibuk sket la..
dalam kesibutan itu, macam2 jadi..
mimpi jumpa bapak ngn ibu la..
mimpi ana erm.. *berfikir* mimpi la.. hehe.. (^_^)
tak pa.. walaupun sebenarnya mimpi itu mainan tidur.. *tu la, sapa suroh tidoq banyak sangat*
entah la.. recently ana asyik tidoq awai ja.. balik klas (dalam kul 6-7), then diner or kadang2 xdan diner, ana dah tidoq.. ish3.. tapi jangan salah sangka, ana smayang maghrib tau.. hehe.. maghrib kat sini dalam kul 4.40ptg..
dua hari lepas, 1st snow yang sangat dinanti-nanti turun.. Allahuakbar.. sebenarnya ana tercari-cari bila snow nak turun.. tapi yang macam tak best, sebab ana bangun tidoq dalam pukul 4 pagi.. sedaq2 salji dah penuh depan umah.. rasa macam nak pi terjun peluk salji2 tu ja.. hehe.. tapi dah sejuk, malas la kuar umah.. awai pagi plak 2.. nanti mesti orang igt sapa la yang mabuk main salji pagi2 hari.. hehe..
to be honest, ana sangat2 letih recently.. letih dengan assignment+lab yang tak berkesudahan.. letih dengan kerenah manusia2 sekeliling.. mula la ana jadi emo.. ana stop pi beli groceries untuk umah (cuz slama ni ana yang dok korban MASA dan DUET untuk pi beli benda2 tu).. ana stop masak (cuz bila balik klas, ana lapaq, ana terus masak)..
masa tu mula la SYAITAN mai kacau.. rasa macam nak makan orang.. ana mula rasa yang ada orang yg amik kesempatan atas kesanggupan ana membantu.. jadi sekarang nih, dah dekat seminggu, apa yang ana wat maybe ada efek kot.. kemarin(semalam), balik umah ada ayam dalam peti.. haha.. kemarin dulu(2 hari lepas), balik dari beli "personal" groceries aka minuman,buah, roti+ayam, tiba2 ada orang dok masak.. haha.. mulanya memang rasa pelik.. tapi redha ja la.. orang dah masak.. makan ja.. hehe..
kiranya sekarang ana dah boleh mula fokus on my study.. slama ni, asyik ngn benda2 yang meletihkan ana ja.. groceries? ana xmau pi beli untuk umah sampai cuti winter aka 3weeks.. masak? 1-2 kali sminggu dah la.. assignment+lab report? skit lagi ja..
apa2 pon, doakan ana ya.. minggu depan start final exam.. 12/12-22/12.. insyaAllah ana akan cuba yang terdaya (tak termasuk toyol k) untuk dapat sebaik yang mungkin.. kalau tak, malu la ngaji "obersi".. baik ngaji kat mesia ja.. hehe..
sampai sini saja,
salam alaik~
and Eid Mubarak people~
Thursday, December 3, 2009
Ya Rabbi..
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 8:16 AM 2 kata-kata
Saturday, October 17, 2009
hati ini~
salam alaik..
Allahuakbar!!! Alhamdulillah.. setelah sekian lama menanti, rezeki yang dinanti dari kerajaan Malaysia tiba jua.. Allahuakbar.. tidak pernah ana rasa cemas sebegini sejak ana menjejakkan kaki di Canada.. bahkan disebabkan rasa cemas itulah, ana tangguhkan niat menelefon keluarga selama hampir seminggu.. sebabnya?? rezeki dari Allah belum sampai.. setiap kali bercakap dengan bapak, antara soalan feveret beliau ialah, "duet ada lagi??".. selalu mudah saja ana menjawab.. ada banyak lagi.. insyaAllah cukup sampai next duet masuk.. tapi kali ini.. sangat sukar untuk ana berbohong.. andai kata ana menjawab, "ada lagi".. terasa sangat pilu hati.. ana akan membuat dosa, dosa menipu.. bahkan lebih besar balasannya.. menipu ibu bapa.. namun, andai ana menjawab,"duet ada sikit lagi".. respond bapak ialah, "abang perlu banyak mana??".. terkedu hatiku untuk menyatakan nilainya.. kerana nilainya tak mungkin rendah kerana perbezaan mata wang.. pernah sekali family hantar duet.. berjumlah 500 dollar.. terkesima ana tatkala melihat akaun bank tersebut.. 500 dollar adalah bersamaan lebih dari RM1500.. dengan wang sebanyak itu, sudah mampu menampung keluarga ana di Malaysia selama hampir setengah bulan..
terasa menyusahkan pula seandainya wang yang bole digunakan selama setengah bulan mampu dihabiskan dalam beberapa hari sahaja.. namun ketika itu, ana bukan perlukan sangat wang.. seandainya ana mampu berkata yang wang mencukupi sehingga next money, nescaya ana tak menyusahkan ibu dan bapak.. sedangkan ana hanya perlukan satu benda.. sabar.. seandainya ana mampu menunggu selama 2 hari SAHAJA, nescaya ana tidak akan rasa bersalah.. disebabkan peristiwa itulah, ana membuat keputusan untuk tidak menelefon dalam masa seminggu.. Allahuakbar!! kali ini, rezki dari Allah datang lambat seminggu.. namun ana masih mampu bertahan.. Alhamdulillah.. akhirnya harini, "sabar" ana dibalas oleh Allah walaupun ana sering mengeluh..
dah terlanjur bercakap pasal rezki dan pengorbanan, ingin ana menulis tentang pengorbanan bapak yang telah mengubah ana.. sejak ana masuk ke sekolah menengah, bapak ditukarkan ke unit protokol negeri.. protokol ini kerjanya mengawasi majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar or Sultan or majlis-majlis rasmi negeri.. bapak bekerja di unit tersebut selama hampir 9 tahun.. tempoh 9 tahun inilah yang telah mengubah ana.. Alhamdulillah.. bapak ditukarkan ke unit lain selepas ana menghadiahkan berita "gembira" kepada bapak, keberangkatan ana ke luar negara.. kiranya time kenduri, 2 in 1 la.. walaupun semua duet orang bagi dapat kat ana.. hehe (^_^).. tapi jangan salah sangka, duet tersebut telah ana gunakan SEPENUHNYA untuk membantu meringankan beban insan bernama ibu dan bapak.. baki wang tersebut berjumlah RM1000 ana berikan kepada bapak.. sebab bapak dah belanjakan terlalu banyak wang demi masa depan ana.. namun, wang tersebut ditukarkan ke mata wang canada dan diserahkan kepada ana..
selama 9 tahun tersebut, sememangnya kebanyakan masa ana habiskan di sekolah dan bersama rakan-rakan.. malahan setiap tahun, tatkala cuti sekolah menjelma, maka mulalah saat yang sangat membuatkan hati kecil ini terguris.. namun ana tahan segalanya, kerana semuanya bapak lakukan DEMI masa depan kami semua.. tak dapat dinafikan, memang banyak wang yang bapak peroleh dengan OT, namun ia tak mampu membayar masa yang bapak hilang untuk bersama kami dan penat lelah beliau.. selalu aja, ana mengeluh pada ibu, namun ibu banyak mengajar ana erti pengorbanan.. ibu explain segalanya.. membuatkan anak kecil yang baru melangkah ke alam sekolah menengah diam.. mengerti pengorbanan yang dilakukan.. bahkan, acap kali, atau lebih tepat setiap malam, ana akan bertanya "bapak kerja tak malam ni??".. sang bapak akan menjawab dengan jawapan yang selalunya mengecewakan anak ini.. mana tidaknya, bapak keluar jam 7.00 pagi tatkala ana baru membuka mata.. dan pulang jam 6.30 petang, tatkala ana berada di luar rumah.. meluangkan masa bersama ibu..
terus ana masuk ke dalam, buatkan coffeemix kegemaran bapak.. hanya itu yang ana mampu lakukan.. selepas minum, langsung bapak ke dalam untuk bersiap.. untuk apa?? bekerja.. selesai sahaja solat maghrib, terus bapak menghilang.. kadang2 ana sendiri tak sempat bersalaman dengan bapak kerana ana sedang solat, bapak sudah melangkah pergi.. acap kali, ana cuba untuk tidur lewat, takut2 bapak pulang.. boleh ana tolong bukakan pintu dan sambut beliau.. kadang2 ana sempat menyambut bapak.. kebanyakannya ibu.. bahkan pernah bapak pulang jam 5.30 pagi tatkala ana masih nyenyak tidur.. tepat jam 7.00 pagi, bapak terus melangkah pergi, menuju ke pejabat.. pernah beberapa kali(at least 2 kali setahun), ana tidak bersua muka dengan bapak selama lebih 36jam..
disebabkan pengorbanan bapaklah, ana mampu menjejakkan kaki ke sekolah-sekolah yang hebat.. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik(SMKAS) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu(SBPIKP).. disebabkan pengorbanan bapaklah, ana bernekad belajar bensungguh-sungguh.. disebabkan pengorbanan bapaklah, ana mampu meraih keputusan yang cemerlang.. disebabkan pengorbanan bapaklah, ana disini..
tak terucap dengan kata-kata, betapa sayang dan betapa rindunya abang dengan bapak.. terima kasih bapak.. atas segalanya.. kata-kata ini tak mampu abang luahkan ketika berhadapan dengan bapak atau bercakap melalui telefon.. tapi abang nak bapak tau yang bapaklah yang menjadi tulang belakang utama kejayaan abang..
TERIMA KASIH BAPAK
ABANG SAYANG BAPAK
ABANG RINDU BAPAK
Ya Allah.. aku pohon padaMU.. panjangkanlah umur beliau.. kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepada beliau.. kurniakanlah beliau kudrat agak beliau mampu melihat kejayaanku satu hari nanti.. kerana sesungguhnya beliau adalah my ONE and ONLY bapa.. aku pohon padaMU.. janganlah KAU tarik nikmat ketika daku bersamanya.. ameen ya Rabbal 'Alamin..
*terpaksa stop menulis kerana ana menulis di library..
**nanti ada orang tanya awat teriak~ (^_^)v
ilalliqa'~
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 6:11 AM 3 kata-kata
Wednesday, October 7, 2009
ermm...
salam alaik~
sebenarnya, banyak yang ingin ditulis.. namun, memandangkan masa yang ada sangat suntuk(1 jam gap between kelas), ana decided nak menulis jugak.. lama sangat x menulis.. sejak kedatangan "anak2".. malam berganti siang, siang berganti malam.. day light saving time pon dah dekat.. maknanya, ana sudah menghampiri pertengahan penggal.. midterm exams are coming.. 3 sebelum reading break, 1 selepas reading break.. satu lagi?? hmm.. TBA..
seriously(dah menjadi kata2 lazim buat diri ana), banyak benda yang ana nak buat pada minggu ni.. terutama sekali nak telefon umah.. nak cakap dengan afiqah.. ana sangat rindukan celoteh dia.. semalam adalah october 6th, tarikh ulang tahun kelahiran Afiqah.. SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG~ ulang tahun yang keempat.. bermakna, sudah 4 tahun anak kecil itu mewarnai hidup kami sekeluarga..
memandangkan ana menggunakan komputer di library, jadi pakai grab saja gambar yang ada di facebook ana.. walaupun ianya bertarikh setahun yang lalu, namun ianya tetap sebahagian dari hidup ana~
*Afiqah mmg pakar bab posing~
*family yang cukup korum~
semalam, disebabkan kelas hari selasa yang sangat padat dan ana tak dapat cari peluang untul bercakap dengan Afiqah, ana saja jalan2 ke price chopper(ala2 tesco kowt kat malaysia).. dan kebetulan, lab harini perlukan limau.. jadi ana on pi la.. time tengah dok amek barang2, ada housem,ate pesan tolong belikan cookies.. ana trus la pi cari.. bila ana terpandang saja kek2 yang cantik dan maybe sedap(tp frozen) di dalam peti, terus ana rasa sebak.. teringin ank makan kek dengan adik.. tapi, adik tak dak.. tak bermakna jugak kan.. ingatkan nak beli kek 2 n share ngn housemate, bila check ingredients, ada benda yang meragukan.. jadi trus ana batalkan plan untuk beli kek itu.. sedey~ tapi apakan daya, shubhah is not my choice..
dan pagi td, sepatutnya ana call family, nak wish kak uda('Awatif) good luck dengan exam PMR.. yea.. PMR.. dah besar pon adik perempuan ana tu.. tak pa la kak, abang doa dari sini ja la ek.. doa orang jauh tu.. moga2 dikabulkan.. ameen..
*wahai angin, sampaikan salam sayang dan rinduku buat mereka2 yang ku sayangi dan ku rindui~~
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 12:59 PM 0 kata-kata
Saturday, August 22, 2009
bekalan untuk ku dari Malaysia..
salam alaik..
alhamdulillah, beryukur ana kepada Sang Pencipta kerna memberikan kesempatan kepada ana untuk meneruskan perjuangan di alam yg sementara ini.. dan alhmadulillah sekali lagi kerna hari ini adalah hari pertama di bulan ramadhan bg tahun 1430H.. maknanya ana WAjIB berpuasa.. antum sang pembaca(kecuali yg bukan muslim) pon wajib berpuasa.. keluarga ana.. sahabat handai ana.. senang cerita, semua org muslim wajib berpuasa.. walaupun xdak pemegang mohor raja-raja melayu mengishtiharkan bermulanya puasa pada hari ini, kalendar hijri di sebelah tetap menyatakan bahawa hari ini puasa..
*rasa mcm penceramah berceramah psl ramadhan la pulak*
merujuk perkara di atas(tgk tajuk post la).. insyaAllah ana akan tunjukkan benda berharga yang ana bawa dari malaysia.. bukan setakat naik pesawat, bahkan barang-barang tersebut telah melalui pemeriksaan oleh pegawai-pegawai kastam malaysia, hong kong dan juga canada.. alhamdulillah semua lulus..
pertama, hadiah dari ibu.. buku ikhtiar segala penyakit..kata ibu,"ini saja yang ibu dapat bagi utk bekalan abg.InsyaAllah ianya akan berguna bila sampai waktunya." ana menerimanya dengan hati yg redha kerna ianya pemberian dari matahariku.. tambah ibu lagi,"ibu bagi buku ni agar ianya dapat digunakan sebab ibu xdak dekat dengan abg kalau abg jatuh sakit." terkedu hati ana mendengar apa yg telah dituturkan oleh ibu pada ketika ibu memberikan buku ini..
next, from rebutia..yg tidak ternilai, senaskah al-quran beserta tafsir dalam bahasa melayu.. sebenarya, agak berat bagiku untuk menerima naskah tersebut.. kerna alquran ini adalah naskah yg ketiga yg ana miliki sejak kehadiran ana di canada.. yang pertama, pemberian seorang sahabat, teman seuniversiti, teman sekuliah.. yang kedua, pemberian ustazah sekolah rendah ana.. insyaAllah, ana akan cuba khatam kesemua al-quran yang ana miliki sebelum berakhirnya perantauan ana.. (^_^)
yang kedua.. buku yang menerangkan solat dari sudut sains.. tertulis di situ, kata-kata dari sis dyna, arelong dan arechik..
sis dyna: solat{khusyu'}-->sukses{fokus}
arelong : terus mencari yang terbaik untuk kehidupan yang akan datang..
arechik : jadikan solat sebagai benteng pertahanan diri dari jatuh ke lubang kebinasaan..dua batang pen parker yang sangat cantik.. tgk kotak pon dah excited nk bukak.. tp rasa sayang nk guna.. rasa mcm nk simpan ja dlm kotak.. hehe..
pada batang pen yg pertama, tertulis: ~you're a diamond : Rebutia~
pada batang pen yang kedua, tertulis: ~Asyraf & Rebutia~last but not least, sis dyna belikan game utk ana.. macam budak2 kan?? haha.. game bukan sebarangan game.. sudoku.. stakat ni, ana xble nk challenge rekod arechik(6.XX min) n sis dyna (4.XX min).. ana akan cuba dan terus mencuba dan terus mencuba untuk pecah rekod sis.. camna pon, rekod bukan utk dipegang, tapi utk dipecahkan..(^_^)
akhir kalam, selamat menyambut ramadhan al-mubarak(bukan al-murtabak k) kepada semua umat Islam tak kira di mana jua mereka berada.. semoga ramadhan ini lebih baik dari ramadhan yg sebelumnya.. manfaatkan bulan ini dengan meningkatkan amal ibadat dan lebih molek jika kita mampu beristiqmah dengan amalan-amalan tersebut walaupun tidak berada di bulan ramadhan lagi.. insyaAllah.. renung-renungkan dan selamat beramal~ (^_^)
p/s: thanks to RTESB(Rebutia Training n Event sdn bhd) atau lebih specifik, arelong, arechik n sis dyna atas segalanya.. semoga jalinan persahabatan yg telah kita jalinkan berkekalan selamanya.. insyaAllah.. (^_^)
**jangan ponteng tarawikh ya, wahai sahabat.. walaupun anda seorang diri..
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 7:23 AM 1 kata-kata
hmm..
salam alaik~
alhamdulillah.. selamat sampai to the green city, Peterborough.. pada asalnya, memang berat hati untuk meninggalkan tanah air kayu bukit gunung dan sebagainya.. namun, sudah sampai masa untk daku kembali meneruskan perjuangan di bumi yang terkenal dengan daun maple, Canada.. berbekalkan semangat dan doa dan restu dan rempah alagapas dan paste tom yam dan kicap pekat dan lain2 yang telah diperbaharui, insyaAllah.. daku mampu untuk mengharungi hari2 yang mendatang.. insyaAllah..
*cukup la dgn ayat2 politik 2*
meh sini, nak cita flight balik mai canada.. haha.. abes xdak keja..
ogos 20~
ana(cuba try test tgk, bunyi cam sedap) bangun agak awal hari ini dengan harapan dapat mandi.. semalam ibu x bagi mandi.. takut demam balik.. gila melekit.. belengaih bak kata org kedah.. xpala.. nasihat ibu, mesti ada sebabnya.. alhamdulillah dengan izin Allah, badan ana sudah kembali normal.. terus ana bangun n mandi sebelum adik-adik bangun.. sebab klu depa msk, ana plak yg lambat nanti.. selesai mandi, ana mengenakan pakaian feveret ana dan menunaikan solat fardhu subuh, solatku yang terakhir di malaysia sebelum berangkat pulang.. tepat jam 7.30pg, kereta proton iswara yg dipandu bapak ana dan dipenuhi oleh kami adik beradik(except for angah n uda) meluncur meuju ke arah lapangan terbang sultan abdul halim, AS..
semangat betol padahal flight jam 9.25pg.. well, prinsip ana, biar ana menjadi yg menunggu, bukan menjadi yg ditunggu.. alhamdulillah, selesai check in barang yg seberat 21.4kg.. nsb x kena caj apa2.. penat ibu ana tolong susun barang.. hehe.. jangan jelez.. biasa la.. bukan slalu ibu boleh tolong kemaskan beg untuk ana.. btw, banyak gak mask ibu bg.. bukan untuk halang Horlick1Nescafe1 menjangkiti ana, just sebab ana selesema.. kesian nnt orang laen jadi mangsa jangkitan keselesemaan ana..
masa kat airport SAH, sahabat2 dari Rebutia datang.. arelong, sis dyna n arechik.. mai utk mengiringi pemergian ana.. jazakallah kerna sudi meraikan pemergian ana.. pas2 pak teh harun n keluarga, pak tam n even tok wan mai ngn pakcik.. yg paling best, terngiang-ngiang lg di kepala, kata sis and arechik, "tok wan asyraf ka tu?? SEMPOI ah tokwan!!!!".. haha.. 1st tyme orang kata camtu.. mungkin kerna tok wan nampak segak bergaya memakai sweater Canada yg dibeli oleh cucunya.. tp tok wan mmg sempoi ah!!! (^_^)
letak sket gambaq masa kat airport SAH..ibu dengan kak ida(wife my cousin)..
sweater hitam, tok wan ana yg sempoi!!!
isu-isu panas dibincangkan~~ bapak berpakaian batik.. biasa la.. hari khamis..
sweater kelabu:cousin ana yg sangat suka berleter macam orang tua.. like mother like daughter.. LOL
baju putih:si putih yg sentiasa menjadi penawar keletihan+kepayahan hidup kedua orang tuaku.. (tok wan panggil afiqah dgn gelaran putih)
50 minit perjalanan ana dr airport SAH ke KLIA.. bila dah sampai, igtkn trus nk check in(almaklumlah, excited nk balik+xnak usung beg yg berat gila jalan2 dlm KLIA).. rupa2nya xble lg.. trus ana amek troli n gi makang.. lapo amat.. well.. orang excited nak blk, nak makan pon dah xdok selera.. ni la my last meal kat malaysia.. nasi goreng+telur yg mcm getah sket+air soya.. semua skali dekat RM14..
tunggu dekat 3jam baru boarding.. alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. 3jam yg sangat panjang tu x terasa pon lama.. btw, ni ada gambaq pakai mask.. RIMAS gila!!! tensen.. nsb sbb selesema ja.. tp half way saja ana pakai.. hehe.. sampai HK trus buang xmo pakai.. (ana tukar2 k, 3 keping habis)
"boarding3!!! flight to HK!!! Cathay Pasific airline!!!" jerit si penjerit..*rekaan semata-mata*
1.30ptg waktu malaysia- bernomborkan flight CX722 jenis boeing 777, ana meninggalkan tanah air bukit gunung berserta estet2 menerusi laluan udara ke HK.. HK stands for Hong Kong not Hells Kitchen k..
5.30ptg waktu tempatan- ana selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa HK.. di sinilah, tempatnya ana menghabiskan saki baki kehidupan summer ana.. 9jam transit woiiii!!! xpa.. semua aturanNYA pasti ada sebab.. disini, uncle yg tukang jaga tandas 2 sampai dah naek fobia tgk muka ana.. sat2 muka ana.. keluar setengah jam, muka ana lg.. mana x nya.. biasala..
bahan kumuh xkan nk simpan lama2.. lgpon nk biasakan diri ngn tandas xdak paip.. yg paling tensen, mungkin sbb ana melantak/sapu apa yg halal dimakan tolak yg x halal dimakan atas flight td, maka udara2 yg memerlukan pengudaraan mula dilepaskan.. sbb 2 la uncle tandas 2 naek fobia ngn ana.. in short, ana gi burry.. kpd org yg visual, tolong jangan bayangkan apa yg ana ceritakan di sini kerna ianya hak peribadi ana.. btw, ada teknik2 tertentu utk burry dlm tandas x berpaip ni.. apa tekniknya??? lu pikir la sendiri..
ni ha.. ada gambaq airport HK..utk para pembaca, diingatkan bahawa sememangnya gambaq ni xdak flash k..
gambaq 2 org mat saleh(kowt) sedang berjalan.. abes xdak keja dah ni..
di'ana'kan cerita, jam 2.45pg waktu tempatan aka HK, ana memulakan perjalanan ke canada.. skali lg, setelah berjumpa ngn tanah, ana kembali meninggalkan asal usul kejadian manusia itu.. berbekalkan pesawat CX826 bertempat dudukkan 37K, sebelah sayap.. jenis pesawat, airbus 300ER yang mampu mengusung seramai hampir 540org.. perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 15jam.. mmg best sesgt cuz dpt tgk movie free.. xpyh nk bayar asing kat pawagam.. well, satu bnd yg ana xdapat elak ialah blackout ketika sedang menonton movies percuma tersebut..
nk cita sket betapa Allah sayangkan hambaNYA yg selalu lupa padaNYA dan hanya merujukNYA pabila memerlukan pertolongan.. sbnrnya, dlm kedua2 flight, ana xdak byk pilihan makanan.. flight pertama, masa ana nmpk depa mai bwk troley makanan, terus ana membuat doa.. "Ya Allah, aku pohon padaMU, Tuhan sekalian alam.. janganlah engkau kurniakan rezki yg bukan2(makanan yg haram dimakan) kepada ku ya Allah".. masyaAllah.. tiba saja turn ana nk mintak makanan, pramugari tu offer pork or fish.. subhanaAllah.. sekelip mata DIA menunaikan permintaanku.. alhamdulillah, walaupon ikan tersebut x brapa sedap, ana bersyukur kerana ana x perlu makan bnd yg haram dimakan.. nauzubillah..
begitu juga dgn flight kedua.. 2kali diorg offer makanan, dua2 kali ana makan, dua2 kali Allah makbulkan permintaan ana.. alhamdulillah.. ada skali 2, dia offer roti.. masyaAllah, betapa sedapnya bau roti tersebut.. ana hampir nk ambil roti tersebut, namun tergerak hati utk memeriksa menu.. astagfirullah.. rupa2nya roti with bbbq pork.. patut la sedap sgt baunya.. trus cancel nk amek..
dlm flight, sebelah tempat ddk ana ada sorg bdk cina from china i guess.. dia naek ngn nenek dia.. nenek dia kurang sket dr ana bab makan.. sbb ana,tolak apa yg x halal dimakan, semua ana makan.. yg bdk ni plak.. 15jam.. dia boleh dok berhibernasi saja.. klu beruang hibernate pon, dia mkn gak byk2.. ni x.. dr awal keja lena ja.. klu ana boleh makan bg pihak dia, dah lama ana makan.. hahaha.. bdk ni tidoq almost 10jam++ dr 15jam flight.. baguih dia kan.. tp bila terlalu lama tidoq ni, paham2 la.. abes air tuak(kelantan) melimpah2.. klu stakat melimpah xpe la.. mslhnya mula la bau masyam2 busuk tu.. aduhai.. sabo je la ek..
itu la cite atas flight walaupun ana x cite ana burry dlm tandas airbus tersebut..
jam 5.45pg waktu canada n 5.45ptg waktu malaysia tanggal Ogos 21,2009
alhamdulillah.. selamat sampai ana di YYZ(kod bg airport toronto).. amek beg, naek bas trus ke downtown toronto.. trus amek tiket blk ke green city.. 2jam gak perjalanan.. sampai downtwn green city, trus grabbed cab antar gi dpn umah.. dan maka berakhirlah perjalanan pulang ana dari malaysia menuju ke canada..
*hahaha.. panjang sgt.. tp rasa puas~
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 3:38 AM 1 kata-kata
Wednesday, July 15, 2009
harry potter and half blood of prince!!!!
finally, masa yg ditunggu-tunggu dah tiba..
harry potter n the half blood of prince..
hari ini release.. but nk tgk next week..
cuz nk ajak sis dina n arechik teman tgk.. hehe..
apa klas layan wayang sorang2.. hehe..
(arelong x mau ikut.. huhu..)
btw, ada sket2 gambar yg really made me thrilled..
gambar ini sahaja dah membuatkan aku thrilled.. hehe..
hermione granger yg semakin cantik n harry potter yg sepatutnya menjadi sweet couple tp x kesampaian..
ron weasley yg serabut tp jatuh cinta dgn hermione granger.. grrrr...
anyway, x sabar nk tgk HARRY POTTER AND THE HALF BLOOD OF PRINCE!!!
gtg.. daaaaa... (^_^)
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 6:00 PM 0 kata-kata
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI & people's mind..
Hari ini result PPSMI(Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris) diumumkan.pelik tapi benar. setelah bertahun-tahun dasar ini dijalankan, akhirnya PPSMI dimansuhkan. alasannya, membebankan pelajar luar bandar dan kekurangan tenaga pengajar yg mahir untuk mengajar Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris.
apa yang lebih menghairankan lagi, dulu, datuk seri Hishamudin Tun Hussein bermati-matian mempertahankan PPSMI. bermacam-macam alasan beliau berikan agar PPSMI diteruskan. dasar ini hanya bertahan selama hampir 7 tahun sebelum tan sri Muhiyidin Yassin yg naik menggantikan Hishamudin sebagai Menteri Pelajaran, mengumukan bahawa PPSMI diMANSUHkan.
pada pendapat saya(sebagai pelajar yg tidak sempat melalui sistem PPSMI), dasar ini adalah sangat menguntungkan para pelajar. mungkin ketika di sekolah, sistem ini agak menyusahkan para pelajar. namun, ia amat membantu proses pembelajran para pelajar di peringkat yg lebih tinggi. saya sendiri merasakan ianya adalah satu kerugian kerana saya tidak sempat menjalani sistem PPSMI. ketika di peringkat persediaan ke luar negara dan hingga kini(saya baru selesai menghabiskan tahun pertama), saya perlu bertungkus lumus dalam pelajaran kerana banyak istilah yg saya pelajari dahulu dalam bahasa melayu.
apa yang paling dikesalkan oleh saya, langkah yang dijalan ini adalah langkah yang kurang bijak. kerana ianya ibarat kita sudah sedikit ke hadapan, namun telah mengundurkan langkah kita hanya kerana beberapa halangan yang saya kira masih boleh diatasi. mengapakah baru sekarang dasar ini dimansuhkan?? kenapa tidak dimansuhkan ketika ianya masih lagi di peringkat awal?? DONT YOU THINK IT IS A FOOLISH ACT?? we just step forward A STEP, suddenly we step back just because some small obstacle right in front of us. (>_<)
pandangan orang-orang yg memperjuangkan bahasa melayu, dasar PPSMI sememangnya memperlekehkan bahasa Melayu. kata dato A.Samad Said; "matematik hanyalah satu subjek yang menggunakan simbul dan nombor. jesteru itu tiada bezanya jika diajarkan dalam bahasa melayu kerana yg penting, bahasa yang difahami oleh pelajar." kata menteri besar Johor(atau datuk seri anuar ibrahim, xpasti) dalam suara keadilan, dasar PPSMI adalah dasar yg gila. hairan kan?? orang yg berilmu tinggi seperti A.Samad Said sendiri mentang keras dasar PPSMI.
entah la kan. kadang-kadang orang yg berpendidikan tinggi pon tidak berpandangan jauh. banyak mana yg saya komen/luahkan kat sini pon x guna kan. sebelum ini dasar PPSMI telah menjadi satu isu pendidikan untuk sekian lama. dan akhirnya rakyat telah bersuara. mereka memilih untuk undur setapak ke belakang. tak mengapalah. mungkin itu yang terbaik kan? everything happened for reason.. we will see what will happen in future right.. (^_^) till then, wasalamualaikum.......
*everything written here were just my opinion as a student
**hopefully everything will be alright
***byk lagi nk tulis tp mls.. XP
berlakunya coretan~ Asyraf Abd Rohman at 5:09 AM 3 kata-kata
Labels: just for fun
